terima kasih sudi singgah di blog ANA...jangan lupa follow ANA ye..

A

Saturday 21 January 2012

CARA2 MENCEGAH DIRI DARIPADA PENJENAYAH


     BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....Assalamualaikum dan selamat tengahari bt semua yg singgah di blog Ana ny.Hari ny Ana berkesempatan utk kongsikan sedikit ilmu tentang Cara-cara Mencegah Diri Daripada Penjenayah daripada Rancangan NASI LEMAK KOPI O di TV9 bermula jm 8pg td.Untuk pengetahuan ente semua..sebenarnya ini lah rancangan kegemaran Ana kalau lepas je bangun tidur setiap Sabtu dan Ahad.Hah..jd Ana tertarik dengan cara-cara tersebut drp Ketua Polis Bahagian Perhubungan Awam ..Banyak sangat tips yang diberikan dengan cara Mencegah Dulu Daripada Mengubati. INGAT !

Okey..apa yang ENTE harus lakukan apabila Penjenayah Pecah Masuk Rumah :
Langkah2 nya adalah seperti berikut :
  1. Apabila penjenayah tersebut sudah mengetahui bahawa mangsanya telah pun menyedari tentang apa yg berlaku ,ente perlu menarik nafas secara perlahan2 walaupun ente berada dalam keadaan panik dan mengikuti arahan yang dia kehendaki ~ Barang Boleh Diganti Tetapi Nyawa ?? So ,ini bermakna ente perlu bekerjasama dengan penjenayah tersebut terhadap apa sahaja yang dia kehendaki supaya kerjanya lebih senang.
  2. Sambil2 ente cuba utk tidak kelihatan panik ,ente perlu merenung mukanya dengan betul (MENGHAFAL)tanpa dia sedari kerana jika tidak dia akan terasa dicabar.0ke..Ingat !!Jika ente terlalu panik ,dia akan terasa lebih panik...
  3. Seterusnya ,jika ente berasa ingin mempertahankan diri ..kelemahan2 yang membuatkan penjenayah tersebut adalah di bahagian muka dan leher.Ini memudahkan utk ente lari TETAPI ini hanyalah utk sesiapa yang pandai mempertahankan diri sahaja.Jika tidak....MAUT sudah berada dalam genggaman ente.
Hah..nampak senang tapi dah bila betul2 terjadi..baru ente tahu. 
So ,berwaspada lah lepas ny ...jangan terlalu LEKA sehingga lupa utk mengunci rumah..

PERINGATAN :
  • Jangan biarkan peralatan2 di luar rumah ~cth :tangga ,penukul ,cangkul dll
  • Kunci rumah jika tiada di rumah
  • Jika didapati pintu rumah ente terbuka,jangan masuk sbliknya menelefon polis dgn segera
Okey la..Ana pergi dulu.Salam....

Friday 20 January 2012

Kisah Wanita..


   BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM...hari ini Ana nak cerita sikit pasal kisah wanita..Bukan apa..cume Ana terbaca kisah ny dalam internet.WANITA ny banyak hebatnya ,dari segi tarikan ,godaannya ,bukan sahaja di wajah bahkan seluruhnya. Cara berjalannya ,pemakaiannya ,wangiannya ,solekannya ,percakapannya ,mesejnya ,suaranya dan segala2 nya lah..


     Andai tak dipelihara sebaiknya, tak dinilai sama cara, kehendak-kehendak yang digaris Agama, maka akan mendatangkan Fitnah yang cukup Besar, menyebabkan berbagai Fitnah terhasil. Demikian perlu bersungguh-sungguh memeliharanya. Perbuatan memandang remeh perkara ini akan memberikan Natijah yang Buruk pada Wanita diAkhirat kelak dan ia adalah merupakan salah satu Faktor Besar yang menyebabkan terbentuknya banyak Maksiat-Maksiat lain. 

     Namun jika ia benar-benar dijaga, dipelihara Bersungguh-sungguh perkara-perkara tadi. Iaitu digunakan, dimanfaatkan Kecantikan, Keayuan, Kelembutan dan segala tarikan, godaan, anugerah tersebut mengikut Syariat Islam. Diserikan, dihiaskan dengan Akhlak, Pemakaian, Pertuturan, Perbuatan dan segalanya dengan cara yang dituntut, diajar Islam. Ia punyai nilaian yang cukup berharga dimata Dunia dan ia telah menyempurnakan salah satu Syarat-Syarat untuk meraih Syurga. 



Sama-sama kita renungi Peringatan Nabi saw ini: 

• Apabila WANITA mendirikan Solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, Memelihara kemaluannya dan Mentaati suami, maka dikatakan padanya, masuklah Syurga dari pintu-pintu Syurga manapun yang engkau kehendaki. (Hr ibn Hibban, dinilai sahih oleh Albani)

• Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan Dunia adalah WANITA yang Solehah. (Hr Muslim)

• Tidaklah aku tinggalkan Fitnah yang lebih Besar, Bahaya, Dasyat bagi kaum Lelaki daripada Fitnah WANITA. (Hr Bukhari)

• Aku naik ke Syurga, dan kulihat kebanyakan penghuninya Orang-Orang susah, Fakir. Dan Aku naik ke Neraka, dan kulihat kebanyakan penghuninya WANITA-WANITA. (Hr Bukhari & Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...